Saturday 28 July 2012

Ketidaklayakkan

Assalamualaikum ..

Selamat pagi . Selagi belum berkumandang takbir syawal, masih sempat untuk aku mengucapkan salam Ramadhan buat pengunjung setia belog ini . Yess, aku yakin ade yang setia . Sila senyum jika terasa . Senyum saje, takyah buat muke gojes . Tutup mukadimah .

Sahabat, pernah tak anda merasakan yang diri itu tidak layak untuk sesuatu ? Aku pernah . And wanna know how does it feels ? One simple and harsh word . Terrible . Yess, that's the word . It feels like, 'I can do better, but why must I end up like this ?' . Why ? Maybe it just not suits me from the first place . Dan tak payah nak cakap pasal second place kalau at the first place pown aku tak meletakkan sepenuh usaha dan keyakinan untuk mendapatkan rasa yang selayaknye itu . Kejap . Lupe nak mention pasal ape yang aku rase tak layak nie . *Maaf tak pasan*

Semuanya bermula pada suatu hari ...

When I was 16 .. aku telah menerima satu watikah kelayakan untuk mengiktiraf kejayaan aku dalam Peperiksaan Menengah Rendah 2007 . Dan siyezly, aku tak pernah rase teruje dengan pengiktirafan itu . Why ? Bukan sebab aku 'lihat sebelah' sepanjang peperiksaan . Siyez tak wat . Dari tingkatan satu sampai tingkatan tiga aku budak baik . Tapi sebab aku rase tak layak untuk terima pengiktirafan itu jika nak dilihatkan dengan pencapaian aku di tingkatan empat . Why ? I used to be an excel student . Dan pencapaian keputusan PMR telah melayakkan aku untuk berada di kelas pertama sebagai budak sains tulen . Berbalik kepada soalan 'Why?' tadi, macam mane aku nak rase layak terima pengiktirafan kejayaan itu kalau aku, budak sains tulen, tak pernah lulus subjek matematik tambahan ? Jawap .

Mengaku . Aku banyak leka dan layan perasaan dengan penghijrahan rakan-rakan yang banyak membantu dalam proses pembelajaran sepanjang tiga tahun sebelum . Mereka penguat semangat . Takde mereka, takde semangat . Dan aku, terus menjadi zombie . Terhuyung-hayang mencari otak . Imbas kembali kepada subjek matematik tambahan dan hari pengiktirafan tersebut . Jujur aku malu dengan mak dan ayah . Diri sendiri apetah lagi . Why ? Sebab aku rase aku makin besar kepala . Ingat lagi, aku menangis depan mak ayah sambil mengutuk, 'Add maths pown failed, tak malu nak amek award' . Dan aku perasan, mak tak gemar aku cakap macam tu . Punca ? Aku nampak mata beliau memerah tanda faham akan jiwa seorang anak yang mulai rasa pahitnye kegagalan . Dan untuk dua tahun itu, aku seorang yang gagal . Alhamdulillah, SPM aku bebas . Namun rasa tak layak itu masih ada . Perhatian: jangan jadi macam aku . 

Aku tak pandai bermadah . Jauh sekali berpuitis . Aku takde seni . Tapi kini, aku sedang memahami dunia seni . Dan dalam mempelajari dunia ini, masih ada kira-kira . Alhamdulillah, aku mampu atasi punca yang membuat aku rasa gagal untuk dua tahun itu . Mungkin kira-kira ini tidak seluas matematik tambahan ? Dan kemungkinan itu sedikit sebanyak menyenangkan hati . Anda telah dimaafkan Diyana . Yess, itu ayat penyedap hati . Dan kini, aku bukan lagi zombie . Aku dah tak cari otak . Aku cari makan . Kbai ~
note: takde yang ye, melainkan yang ye2 aje .

0 opinion(s):

All right booked by mybloggingpart.blogspot.com