Sunday 28 August 2011

salam syawal

Assalamualaikum sume.. ^^

mintak maaf kalau entry aku pasal bulan Syawal atau dalam bahasa mudahnye, musim raye, terawal due hari. bukan ape, takot tak sempat nak update je. sebab esok aku balik kampung nun jaoh kat Negeri Sembilan sane. and aku malas nak bawak lappy. wat semak kete je. -,-

btw, sambil aku usha cite musim raye tadi, aku sempat bace sedikit info yang agak terkene batang hidung sendiri. nak taw tang mane.? sile la bace hasil kopi dan pasta aku nie..

begini cite nye..

Pada suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal)
Di antara mereka mengatakan : "Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!" Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.
Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalan bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.
Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :
"Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya."
Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah.
Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya.
Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya.
Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya.
Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.
Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini.
Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.
Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,
"Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam."
Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.
Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis, "Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?" Tanya anaknya.
Umar menjawab: "Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu."
Kemudian anaknya berkata: "Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku".
Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.
Kesimpulannya, inilah contoh didikan yang terbaik dari anak Khalifah Saidina Umar al-Khattab, yang tidak mengharap sesuatu pun dari kedua ibu bapanya kecuali keredhaanya.
Adakah wujud anak-anak sebegini di zaman ini? Mungkin 1/1000000 agaknya. Pengajaran lain yang dapat diambil, adakah pemimpin seperti ini wujud pada zaman sekarang? Fikir-fikirkanlah...
dan begitulah cite nye hasil kopi dan pasta aku..
ade sesape yang terase macam aku tak.? (yang terbatuk-batuk tu yela tuh kan..) untunglah kan, mak ayah dah belikan baju baru. dah dapat sepasang tak puas hati lagi, nak jugak due-tige pasang. nafsu sume tuh.! (uish! terase.! terase.!) padahal brape hari sangat je yang beraye sakan, pastu baju-baju raye ala-ala baru tuh terus 'dipenjarekan' dalam almari sampai usang. sadis betol. (uish.! terase lagi nih.!) bersyukurlah dengan ape yang diberi mak ayah tu kan. dapat pulak kalau yang beradik-beradik ramai tuh. cube agak-agak berape ramai yang ayah koramg kene berkongsi, sampaikan kadang-kandang ayah sendiri gune baju raye lame. 
bagi family aku, alhamdulillah raye tahun nie murah rezeki kitorang. masing-masing dah dapat bahagian masing-masing. cume mak la, yang still mengalah ngan anak-anak. so, sesape yang nak datang beraye, sile-sile lah bersile ye. hehe.


btw, selamat beraye lah ye wat anda sume. dan selamat menyambut hari kemerdekaan negare jugak. lupe la tu, kan2.? btw, hargailah sume yang korang peroleh sepanjang bulan Ramadhan dan hargai jugelah ape yang korang bakal peroleh di bulan Syawal nanti. :)


kad raye untuk korang yang bace sampai habis. hik hik. :p


sebelum aku hampir terlupe, aku nak minta maaf banyak2 kat korang yang bace belog aku nie same ade secare terus-terusan mahupun sangkut-sangkutan, sekiranye aku ade terkasar bahasa atau tersalah care sepanjang aku berblogging. aku hanyelah insan lemah yang nyate tak lari dari sebarang kesalahan atau dalam bahase mudahnye, I'm not Miss Perfectionist.! 
till next post, bubye.. :)


note: "you can say that you're sincere, but not all people can see or feel your sincerity - diyana"

4 opinion(s):

mocha~ said...

sedihnya kisah tu..:(

btw,selamat hari raya untuk kamoo jugakk~

Nadirah Izan said...

selamat hari raya sahabat ^^
maaf salah silap aq yeh

*tacing nih..huu

Diyana Safiah said...

@mocha~: muhasabah diri sesame.. selamat hari raye jugek.. :)
@nadirah: selamat hari raye.. anda dimaafkan.. forgive mine too.. ^^

www.myobw.com said...

sELAMAT hARI rAYA aIDILFITRI mAAP zAHIR dAN bATIN dari 'myobw.com'


lagu rAYA khAS untukmu....

All right booked by mybloggingpart.blogspot.com