Monday 3 December 2012

Rindu Aku.

Assalamualaikum ..

Dengan tidak berbekalkan sebarang punca atau topik menarik tertarik kau memang da bomb , secara tiba-tiba aku rindukan aku . Aku yang sangat petah menaip kata . Sehinggakan aku hampir jatuh cinta dengan diri sendiri . Melampau kan ? Tahu . Saje nak berlagak annoying . Annoyed enough ? Mission accomplished . Sekian .
sangat tetibe

Tadi siang a.k.a siang tadi , aku sangat rajin ber-blog walking di laman sendiri . Mengaku , aku sangat ohsem . Why ? Sebab aku ohsem tanpa sebab . Annoyed lagi ? Memang itu titik utama . Nak tak nak kau kena hadap rasa itu . Kalau tak sanggup nak seksa mata dan seksa hati dengan terus mengata aku dalam hati , kau tahu mana nak cari simbol [X] . Pedulikan semua kata cacian , aku rasa kosong . Keluar pulak secebis lirik lagu Najwa Latif . Sila sambung lirik selanjutnya . Kosong ~ Kosong ~ (takde point) 

Aku sangat perasan ayat yang ditaip melalui jari jemari ini sangat sarkastik dan terkadang agak menyentap . Umumnya , pada sesiapa sahaja . Dan aku tak tahu dari mana arah puncanya aku jadi sebegini pesimis . Aku tahu ada yang tak selesa dengan cara penulisan aku nieh . Dan , jujurnya aku tak peduli . Jangan tanya kenapa , sebab memang dah lumrah pilihan utama cuma dua . Suka atau tidak . Suka , aku tak peduli . Tak suka , pown aku tak peduli . Kau tak boleh nak hakimi aku dengan hanya beberapa patah ayat yang kau baca . Aku masih satu figura yang sama macam kau . Tak dapat dibaca . Jangan cakap kau faham . Aku tak harap . Biarkan aku . Tapi , tegurlah andai perlu . 

Terkadang aku sangat lupa diri hinggakan terlalu tidak pedulikan hampir apa pown . Aku berpegang pada konsep , biar orang sakit hati , asalkan aku tahu aku takde buat kacau kat mereka . Tapi , masakan pokok bergoyang andai takde angin yang meniup . Kan ? Part itu aku tak faham dari mana puncanya . Dan memandangkan angin yang meniup , maka eloklah kalau angin jua yang membawa pergi segala perkhabaran yang tak make sense . Nampak uh , terer lak cakap omputih . Seketul je pown . Pffttt ~
Teringat rasa teruja masa pertama kali melibatkan diri dalam dunia berbelog nieh . Sangat naif . Sangat ingin mencuba menaip ayat power rangers . Sangat berbunga ros merah . Dan sangat k-pop . Ye , aku minat k-pop . Tak payah nak guna tangan cover gelak kahkah tu . Pedulik lak kalau kau tak suka k-pop pown . Dan pedulik lak kalau kau menyampah nak kena sebut 'k-pop' dalam hati bebanyak-banyak kali . K-pop . K-pop . K-pop . K-pop . Dan k-pop . (puas hati) Menyampah kan ? Pedulik . Banananaa ~

Maaf atas sebarang kekasaran yang berlaku . Sungguh , aku tak pandai bertinju . Sangat tetibe dan takde kene mengene . Maaf untuk sebarang ayat mintak penampar yang tertaip . Maaf untuk sebarang rasa sakit hati yang menyinggah . Maaf sebab aku tak peduli . Haiz . Kbai ~

note : takde note .

0 opinion(s):

All right booked by mybloggingpart.blogspot.com