Wednesday 30 November 2011

Ape yang tak kena dengan hati?

Assalamualaikum...

Pagi tadi aku masuk kelas Pengajaran Islam . Alhamdulillah , sesungguhnye hanya dengan menghadirkan diri dalam majlis ilmu dengan mudah kita dapat pahala . Tapi ustaz aku bagitaw , untuk dapat pahala pown bukan senang macam tu aje . Ade jugak syarat-syaratnye . Tapi yang penting , niat di hati mestilah ikhlas kerana Allah swt . Apa guna kalau hari-hari datang majlis ilmu sekalipun hati tak rela . Umpama bawa sekujur tubuh yang kaku dan  kosong cuma . Hati dan minda menerawang ke angkasa raya . Then , what do you expect ? Kalau dah datang kosong tanpa rela , balik pown kosong bersama penat dan bebelan berjela . Why ? Tepuk dada tanya hati .
Ustaz aku ade cakap lagi , dalam tubuh manusia nie ade segumpal darah yang perlu dijaga sebaik mungkin . Baik penjagaannya , baiklah hasilnya . Dan acuh tak acuh penjagaannya , maka buruklah hasilnya . Apa segumpal darah yang begitu mencabar keperibadian seseorang nieh ? Itulah hati . Dan perkara yang paling perlu dihindarkan dari terus merajai sekeping hati ialah penyakit hati . Penyakit hati pula ada dua bahagian , penyakit hati rohani dan penyakit hati jasmani . Bagi penyakit hati jasmani , secara jasadnya yang akan melibatkan khidmat doktor untuk merawat dengan memberi ubat-ubatan segala macam sebagai inisiatif penyembuhannya . Bagi penyakit hati rohani pula , memerlukan pelbagai jenis doa' dan zikrullah untuk mententeramkannya .

Contoh penyakit rohani:

  • Berhasad dengki
  • Pemarah
  • Bangga diri
  • Takbur
  • 'Ujub (atau perasan a.k.a poyo)
  • Riak
  • Dan sebagainye....

To be honest , kadang-kadang hati nie jahat kan ? Yela , yang jahat itulah yang selalu menjadi kebiasaan dan rutin . Btw , terpulang pada individu untuk mendefinisikan 'jahat' tu macam mane . Tapi sebagai manusia biasa yang nyata tak lari dari melakukan sebarang kesalahan , kekadang hati nie tercuit jugak untuk berlaku kejam . Sudah fitrahnya begitu . Tak senang tengok kesenangan orang lain . Gundah gulana dengan kebahagiaan orang lain . Sedih dengan kegembiraan orang lain . Bagi aku senang je , kau nak senang dan kau nak bahagia dan gembira kan ? Kau ciptalah semua kesenangan , kebahagiaan dan kegembiraan kau sendiri . Mende tu sume tak datang dengan sendiri dan tak perlu juga nak dicari . Tapi perlu dicipta . Cubelah cari kalau boleh . Kalau dah diri sendiri pown tak mewujudkan rasa dan suasana , setakat mencari je , tak jumpe jugak aku rase . Ke guane korang ase ?
Pernah tak rasa macam 'kenapalah nasib aku tak macam orang lain' ? Kendian mulalah nak membanding-bandingkan kerja Tuhan . Tak cukup itulah , tak adil inilah and whatsoever . Ce try dok dendiam , muhasabah diri , then pikir semula baik buruk apa yang kita ada dan tiada . Mungkin bila kita selalu dapat apa yang kita damba dan obseskan , kendian kita akan abaikan dan takkan hargai lagi dah apa yang dah kita dapat . Dah tader cabaran kat situ sebab apa yang kita nak asyik dapat je . Cabaran yang dimaksudkan , usaha . Cuba kalau apa yang kita peroleh bersumberkan keringat sendiri . Lagi precious something tu kan ? Nak abaikan pown rasa tak sampai hati .
Contoh lain pulak , kenapa dah usaha tapi still tak dapat apa yang kita nak . Mungkin ade orang lain yang lebih memerlukan something yang kita nakkan sangat tu . Dan mungkin ade something yang lebih baik untuk kita , cuma kita yang masih belum perasan . Setiap kejadian tu kan bersebab . Dan Allah lebih tahu hati hamba-hambaNya . So  , siapalah kita hamba yang pacal hina nie nak mempersoalkan tu sume . Dia dah cakap , nasib hamba-hambaNya ini takkan berubah melainkan kita sendiri yang cuba untuk mengubahnya . Baik niat di hati , insya'Allah berkatlah rezeki yang dicari . Besar peranan hati nie sebenarnya . Cume perlukan sedikit kesedaran untuk perasan tu sume . Maklumlah manusia mudah leka dan alpa . Lupa apatah lagi .
Ade sorang rakan bertanya kepada sorang rakan yang lain , 'kenapa masa kecik dulu senang je nak ingat soal agama nie ye ?' . Kau agak sebab apa ? Back to your hati , tambah sikit kat cara pemikiran dan cara hidup kita . Kalau hati dah sekeras kerikil , nasihat macam mane pown tak jalan jugak kan ? Dah besar , boleh fikir sendiri . Jadi jangan nak salahkan ibu mengandung mahupun ayah yang keluar bekerja . Dalam kubur nanti sorang-sorang jugak . 

Teringat cakap ustaz , di akhirat kelak solat adalah perkara pertama yang akan disoal . Tak kiralah kalau kita buat amal jari'ah dengan menderma berjuta ringgit sekalipun , tapi kalau solat pown kita abaikan , maka tersangkut-sangkutlah kita untuk menjawab soalan-soalan di akhirat kelak . Jika solat kita dipelihara dengan sebaik mungkin , insya'Allah mudah dan lancarlah kita menjawab soalan-soalanNya . Masa tu aku terfikir , kita manusia nie asyik gelabah dengan soalan duniawi . Kalau student macam aku , risau soalan final exam . Terlupa pula ada 'exam' yang lagi maha dahsyat . Kalau kat dunia boleh lagi nak repeat paper . Tapi macam mana kalau tak boleh nak jawab kat sana nanti ? Nauzubillah . Back to hati masing-masing .
Selagi kita bernama manusia , ingat-mengingatkan itu penting . Sama macam aku jugak mudah lupa . Tapi tader yang salahnya sekadar berkongsi kan ? Percayalah , hati manusia nie lembut sebenarnya . Tak usah dibezakan melalui jantina . Azalinya , hati kita suci . Apa yang membuatkan keras hati tak bertempat tu cumalah penyakit hati yang kian merebak tanpa ada niat untuk menyembuhkannya . Ditambah dengan kata-kata manis terlebih gula syaitan durjana . Apalah salahnya merendahkan sifat mazmumah untuk memenuhkan diri dengan sifat mahmudah . Yang penting , hati perlu ikhlas tanpa banyak soalnya . Kalau banyak soalnya tu , there must be something wrong somewhere deep bottom in your heart . Ilmu itu luas , cari dan amalkan . Insya'Allah kita akan jumpa lebih banyak perkara baru untuk diterokai . Kan manusia sukakan pengembaraan . Dan ilmu itu adalah salah satu cara pengembaraan untuk lebih mengenal diri sendiri , duniawi dan akhirat sana . 

Sekian , segala yang silap harap ditegur . Assalamualaikum .

note : kalau rasa nak jadi baik itu susah , ingatlah cuma susah di dunia . dan kiranya rasa nak jadi jahat itu mudah , ingatlah susah di akhirat . xoxoxoxoxo .


0 opinion(s):

All right booked by mybloggingpart.blogspot.com