Thursday 20 October 2011

Entry istimewa untuk jejaka

Assalamualaikum..

warning ! penggunaan ayat dalam entry ini tersangatlah mengundang muntah hijau !
* ehem ! anak bujang sape lah nie kan *

Ke hadapan heartbreakers dan heartbeaters sekalian..
Kalau di-flash-back-kan semula, jarang kot nak tengok entry aku yang menimbulkan rasa amarah atau ketidakpuasan hati . So, wadehel nye aku nak marah pulak hari nie ? Wait a sec, I'm not upset . Technically laa ~ Cumanya, aku tak berapa nak arif lagi bijaksana dalam soal percakapan atau buah bicara seorang insan yang bernama lelaki, ataupun jejaka dalam bahasa indahnya . Indah ke ? Pedulikan ~ 

Tahukah anda wahai jejaka yang sungguh tampan dan kacak bergaya, betapa payah lagi sukarnya seorang insan yang bernama wanita ataupun gadis dalam bahasa remajanya, untuk memahami dan percaya sepenuh hati dengan apa yang dimadahpujanggakan oleh anda-anda jejaka sekalian ? Mungkin anda tak faham . It's ok . I don't expect you to understand us, just like we will never ever understand you . Fair and square . Tapi terlebih-terkurangnye, kita mencuba untuk memahami antara satu sama lain kan ?


Wahai jejaka..
Baru-baru nie aku ada baca satu belog yang di-tuan-tanah-kan oleh pihak anda . Entry beliau tersangatlah giler kentang sampaikan aku terasa nak gelak berirama dan tertanya-tanya dalam masa yang sama . He mentioned about 'how to know whether guys do really really like his girls or not' . Aku suke entry beliau dan I agreed almost part of it . Which part ? This part -> 'Why the hell bila lelaki kenalkan awek dia kat kawan-kawan dia bermaksud lelaki tu serious ?' . Then I wonder, mungkin jugak kalau anda wahai jejaka idaman malaya, memperkenalkan kami-kami sekalian kepada emak atau ayah atau jiran sebelah rumah anda sekalipun, belum tentu jugak anda serious, kan kan ?

Lagi, tahukah anda, setiap apa yang dimadahpujanggakan anda walaupun sekadar berbunyi 'Awak nampak sweet sangat hari nie' akan tersemat kemas dalam kotak hati seorang insan yang bernama gadis seperti kami ? Walaupun mungkin apa yang dilontarkan dari mulut-mulut yang bertanamkan tebu-tak-tumbuh anda itu hanyalah untuk menyedapkan hati kami . Sebab anda taw kami memang suka dipuji maka tanpa sedar anda telah pun mengambil kesempatan pada hati dan perasaan seorang insan yang bernama wanita a.k.a gadis . Untuk pengetahuan anda wahai jejaka kacak bergaya, seorang gadis is not that easy to accept someone special to get involve with . Someone yang die betul-betul ready nak dengar kate-katenye after their parents . Meaning, once you guys were accepted to get into their world, they've already put their trust on you ! They expect you to protect her and keep the trust she had given .


Jejaka yang budiman..
Sekali seorang wanita @ gadis meletakkan rasa percaya pada anda, hargailah gadis tersebut . Ingat senang ke gadis-gadis yang naif lagi innocent macam  kami nak percayakan anda-anda jejaka zaman sekarang nie ? Bukak tabloid pown kami dah naik seram nak taw updated news pasal perangai dan gejala tak berapa kreatif yang melibatkan pihak anda . Dan anda tersangatlah arif lagi cerdik dalam memujuk rayu pihak kami untuk terlibat sama . Gadis seperti kami ini tersangatlah lembut hatinya, maka janganlah anda bertindak zalim dengan terus menghanyutkan kami dengan duniawi ciptaan pihak anda . Lupakah anda wahai jejaka, anda adalah khalifah buat kami dan janganlah terus menzalimi diri . Kasihankanlah kami yang semakin ketandusan calon untuk dibuat suami yang berkualiti . 

Mungkin akan ade yang berkata, 'Perempuan pown lebih kurang jugak perangainye' . Yup, you're not wrong at all . But, you can't completely be right . Kat sinilah kitorang nak uji kemampuan anda wahai jejaka untuk jadi penyelamat kami . Kate hero, kan ? Hero tang mane tuh ? Jadilah hero yang bertanggungjawab dan baik budi pekertinya . Sekali anda bertanggungjawab, insya'Allah anda akan sempurna tanggungjawabnya baik terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa mahupun negara dan agama . Sama-samalah muhasabah diri . Tak salah mencuba . Rugi pown tak . Kan ? 

Jejaka-jejaka sekalian..
Untuk pengetahuan anda, seperti mana anda tak gemar lagi benci ditipu, macam itu jugalah yang kami rasakan bila pihak anda mengambil sikap sambil lewa dengan aci lut menipu kami secara sedar mahupun separa sedar . Menipu adalah permulaan kepada sebuah pembohongan . Dan untuk menutup sebuah penipuan, anda memerlukan beribu-ribu nano-alasan-penipuan yang kekadang langsung tak masuk logik bima sakti . Sometimes I wonder, why must be a lie ? Takkan lah anda wahai jejaka, tak wonder jugak kenapa girls yang anda sayang sweet-sesangat-kan tu tipu anda yang macam nak rak menatang diorang kan ? Here, we're just the same la guys . Tader sape yang nak dengar something yang sekadar omong kosong kan ? By saying something unnecessary, anda hanya membuatkan gadis semasa seperti kami menjadi keliru dan makin keliru . So guys, PLEASE, just say it when you mean it !


Kesimpulannya kat sini, mungkin 'kita berdua jauh berbeza, langit dan bumi, tapi serasi' . Gituuu . Tapi untuk mencapai keserasian tu, janganlah ade antara kita yang sekadar buat cukup syarat, 'Kau ade aku, aku ade kau' macam tu . Ape makne nye ? Tader makne nye . So, hargailah kami-kami si gadis semasa dan kami tersangatlah hargai anda-anda jejaka terhangat masa kini .
Dan persoalannya, tergerak ke hati kering anda untuk terima perubahan ?

segala rasa mual tekak selepas membaca entry ini tersangatlah harap dimaafkan .
sekian .


note : love IS childish . just don't get over-flow with it .

5 opinion(s):

Syafiq Aizat said...

oh na.. oh na... whats my name

Izzkadry said...

cantik menarik tertarik ko memng da bommm..hehe
satu je nak ckp, yes, i agree wit whtever you says in this entry, but, don't blame to all of us, because of one man...bak kate owng rambut same itam, haty lain2..."mayb" ade jugak yg x bersikap seperti tu.. just my opinion ok..hehe

Diyana Safiah said...

#Sapit : awat hang ? O.o

Diyana Safiah said...

#purpleviolet : thanx, I accept and do agree with ur opinion :)

izamin said...

wahai jejaka... baca la ap yg ad di ats tu.. hehehe

All right booked by mybloggingpart.blogspot.com