Sunday 31 July 2011

dia datang : Marhaban ya Ramadhan



Assalamualaikum sume.. ^^ 

perasan tak yang kite dah nak hampir sangat-sangat (insyallah esok..) ngan bulan yang paling mulia dalam Islam which is bulan Ramadhan Al-Mubarak..?? kalau tak perasan xpe.. aku dengan murah hati nak bagi korang perasan.. hehe.. setahun dah berlalu meninggalkan Ramadhan yang lepas.. dan kini dengan segala puji bagi Allah SWT kita telah dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat + berkat + keampunan nie.. 

alang-alang nak berpuasa nie, aku nak share sedikit sebanyak petua (bukan pemude ye..) yang baik lagi elok untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh berkat nie.. semoga kite same-same beristiqamah ye.. insyallah.. :)

so, let's checkidout :

Waktu Sahur
· Membaca sepotong ayat Al-Quran sebelum melakukan sahur;
· Sahur menjelang solat subuh;
· Berhenti sahur sekurang-kurangnya 10 minit sebelum azan subuh.

Menjelang Subuh:
· Fokuskan diri untuk melakukan solat subuh;
· Memperbanyakkan doa setelah selesai solat subuh.

Setelah Subuh:
· Mensyukuri nikmat-Nya dengan berselawat; (lagi banyak lagi bagus)
· Luangkan masa untuk mendengar kuliah atau ceramah pagi;
· Membuat sedikit senaman ringan; (memudahkan peredaran darah + proses mencerna makanan = tubuh badan yang sihat)
· Tadarus Al Qur’an;
· Jangan tidur kembali. (rezeki susah nak datang)

Ketika perjalanan dan di tempat kerja:
· Memulakan perjalanan dengan membaca basmalah; (selamat perjalanan + lebih berkat.. insyallah..)
· Memberikan senyuman kepada sahabat; (memaniskan muka + dapat pahala extra..)
· Jangan lepaskan hati dari dzikrullah; (mententeramkan hati..)
· Menjaga pertuturan, pendengaran dan penglihatan sesama sahabat; (dan bukan sahabat jgak..)
· Apabila emosi tidak terkawal, segeralah berwudhu dan perbanyakkan tadarus Al-Quran; (boleh update sabar..)
· Selalu beringat bahawa bulan Ramadhan bukan bulan untuk menjadikan kita malas dalam membuat kerja. (bukan kite sorang je puase.. puase ramai-ramai.. jangan perasan penat sensorang ye..)

Saat Buka Puasa:
· Menyegerakan berbuka ketika tiba waktunya; (tapi jangan gelojoh pulak..)
· Menyempurnakan kewajiban berbuka dengan solat Maghrib berjemaah;
· Melakukan solat sunat Tarawih dengan secukupnya dengan 20 rakaat beserta 3 rakaat witir.. (8rakaat pown alhamdulillah..) 
· Setelah selesai solat Isya’ dan Tarawih, makanlah sedikit buah atau kuih;
· Bertadarus berjemaah dengan saling memperbetulkan bacaan sahabat.

Menjelang Tidur:
· Tidur dengan waktu yang sesuai untuk bersahur di subuh hari; (kene kurangkan tido selepas pukul 12.00 tgh mlm.. insyallah..)
· Tidur dengan adab yang betul;

*dan jangan lupe set alarm untuk bangun sahur esok hari!*

itulah die sedikit sebanyk tips yang dapat dikongsikan.. aku pown share ngan mber fb.. harap dapat dimanfaatkan bersame-same.. insyallah, kalau kite memanfaatkan dengan hati yang ikhlas pahala yang dapat pown insyallah berlipat-kali-ganda.. seronok tak..?? ^^

selamat berpuasa sume..!! tataa.. ^^

note: update segale ape yang baik untuk memperbaiki kekurangan diri dalam bulan Ramadhan penuh mulia nieh.. same-same la kite tambah pahala sebanyak yang mungkin.. peluang nieh..! peluang..!! :)

0 opinion(s):

All right booked by mybloggingpart.blogspot.com