Saturday 6 April 2013

Dilema dunia

Assalamualaikum.

Benarlah kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Nak mendidik biar dari usia muda. Dah besar nie, banyaklah ragam dan alasan nak menjawab. Orang kata itu, kita kata ini. Bila dikata menjawab, dialih pulak sebagai pendapat diri. Hasil kepada yang bagi nasihat nie, maleh nak layan. Terpulanglah dengan 'pendapat diri' itu pah ceroh. Orang cakap,  nak berubah bermula dari diri sendiri. Diakui. Sebagai orang sekeliling yang mungkin rapat dan take care lebih, adalah jugak yang bagi hint itu dan hint ini sebagai nasihat supaya kita nie berubah dengan meninggalkan tabiat atau kebiasaan yang tak elok untuk diri, masa depan dunia dan akhirat. Orang nampak apa yang tak elok untuk kita, tapi biasalah kita nie dah jadi buluh asyiklah dengan alasan. Telinga nie pown kekadang rasa teramatlah maleh nak dengar orang bagi nasihat atau lebih tepat dilabel sebagai bebelan! Cis~

Terkadang kita nie terlalu mempertahankan diri. Mempertahankan diri dalam konteks 'asyiklah nak menang'. Cemane hebat pown orang bagi nasihat, kita asyiklah nak pangkah dengan juta juta lemon alasan yang sangatlah tak munasabah dan kadang tersangatlah kebudak-budakan. Misalan:

Bimo: Benny, dah siap lom esaimen yang Mdm. Dotdot bagi minggu lepas?
Benny: Yang mana ye?
Bimo: Alah, yang pasal 'kelebihan makan lobak' tuu. Dia mintak esok kan?
Benny: Eh? Yeke kena submit esok? Alah, tapi saya macam tak tahu pown pasal esaimen tuu. Kompemlah saya tak siap nie. Takpe. Takpe. Nanti saya slow talk ngan Mdm. Dotdot, mintak postpone. Tak pown saya cakap lah saya tak tahu nak buat cemane sebab saya tak makan lobak. So how? *mata bercahaya*
Bimo: kroihh~ kroihh~

See? Dan jujurnya, aku pernahlah jugak dalam kondisi macam tu. Cumanya aku nie deadline punya orang. Tapi esaimen tetap hantar. Cuma tak lah sekualiti mana. Ehem. Itu barulah pasal esaimen. Yang jasmani punya aktiviti. Kekadang saat-saat akhir. Kekadang langsung tak siap, mintak postpone lagi. Cemane lak dengan aktiviti rohani, kan? Misalan:

Alif: Bata, nak dekat pukul12 tengah malam dah nie. Awak dah mendahulukan yang wajib [Isya'] lom?
Bata: Kejap lagi saya buatlah. Nak siapkan esaimen sikit lagi nie.
Alif: Sikit macam mana tu? Stop lah kejap, luangkan masa tak sampai lima minit pown. 
Bata: Ye, tahu itu. Tinggal nak buat conclusion je nie. Jap lagi saya buat ye.
Alif: Ha yela~~

*setengah jam kendian Alif tengok Bata dah lelap depan laptop*

Alif: Bata, bangun. Awak belum Isya' nie. Bangun, bangun.
Bata: KROIHH~ KROIHH~ 
Alif: T-T

See? Alasan punyalah banyak sampai orang percayalah cakap dia. Akhirnya, ceng-gitu dia wat kat member tu. Bagaikan mencurah ayaq di daun keladi. *dengan tangan di angkasa bak Karam Singh* Kalau bab rohani yang melibatkan akhirat nie tersangatlah liat nak diamalkan, isn't it? Kenapa agak-agak? Jawapan dalam hati tulah yang paling ikhlas. Mention? Not? hehh~ Yang utamanya tetaplah hasutan + bisikan ayat-ayat cinta syaitonirojim. Katanya , "Kejap-kejap lagilah buatnya. Tak pown qada esok je. Alah, kiamat lambat lagilah. Esaimen kau nie lagi penting." Astaghfirullahal'azim. Kendian ketetapan + kekuatan hati sendiri nak lawan sume hasutan tersebut dengan niat yang ikhlas untuk berubah dan mencari redha Allah swt. 

Umur makin meningkat. Semalam makin menjauh. Mati makin mendekat. Kalau asyiklah nak tunggu kiamat, masa tu dah sedia ke? Hidup kat dunia nie tak payah nak sembang riak takbur sangat. Allah yang pegang sume tu. Sebab tu ada keluarga dan teman yang dihantar untuk nasihatkan kita-kita yang kian lalai nie. Terpulanglah kalau nak ikutkan orang, asalkan jangan sampai mengganggu-gugat niat nak berubah dalam hati tu. Siyez talk, sahabat yang baik takkan jadi penghalang sahabatnya yang lain untuk berubah ke arah kebaikan. Lagi-lagi dengan mempersoalkan perubahan sahabatnya itu. Misalan:

Nescafe: Mocha, sejak bila kau rajin keluar masuk masjid nie? 
Mocha: Aku nak berubahlah. 
Nescafe: Alah, kau nie hot-hot chicken s*** je. Dulu kau lah yang mengajak aku keluar masuk kelab. Kelab carrom lah. Kelab galah panjang. Macam-macam kelab lah pendek cite.
Mocha: Itu dulu, Nescafe. Sekarang aku nak ajak kau masuk masjid pulak. Jom?
Nescafe: Alah, ye-ye lah kau tu. Takpelah Mocha. Lain kali. Aku muda lagi nak bertaubat nie.
Mocha: T-T

*nama watak tersangat takde kaitan*

See? Mungkin aku tak pandai nak mengolah cerita, tapi harap yang membaca faham point yang cuba disampaikan. Kawan nak berubah, let'em be. Dah nama nye masa lepas, diungkit pown dah tak guna. Kalau asyiklah nak cakap pasal masa lepas, Bruce Lee pown hidup lagi. Ehem. Orang cakap, personaliti kita sedikit sebanyak dipengaruhi kawan sekeliling. Dan apalah salahnya kawan tu nak berubah jadi baik andai tempias baik dia tu terkena pada kita.  Kann? Sejuklah jugak perut ibu yang mengandung tengok perubahan diri tu, kann. Sume nye start dari hati. Ikhlaskan hati. Lawan sifat tak elok dalam diri tu. Buktikan kat mana kuatnya diri sendiri. Kekadang senyum sorang dok pikir post kat fb yang memerli, 'Apa guna sedaya-upaya angkat berat kat gym andai tak dapat nak alihkan selimut pada waktu subuh'. hehh~ Terkena jugak kat batang hidung. Nak berubah, sama-sama lah. Yang menaip nie pown banyak cela nya. Sebab tu wujud entry yang ini. Nak jugak nasihatkan diri sendiri nie bila dah terbiasa pangkah nasihat orang. Untuk kebaikan, apalah salahnya. Hati masing-masing. Takde paksaan. Andai tak suka, takde lah nak letak harapan. Fikir-fikirkanlah. Yang baik dari Allah swt, yang tak elok tu tetaplah kat aku. Wassalam.

note: think.

0 opinion(s):

All right booked by mybloggingpart.blogspot.com