Friday 2 November 2012

kelabu.

hidup sangat indah
banyak warna mencorakkan hari
dan aku pernah punya warna kegemaran
yang hampir menjadi obsesi
sepertinya merah, hitam, kuning, putih dan jingga
abaikan biru
aku tak pernah sehati dengannya
paling tidak aku tak membenci
masih cuba untuk menyesuaikan diri

aku sedang membesar
mencuba untuk menjadi dewasa
dalam perjalanan ramai yang menyapa
namun mereka terus berlalu dengan masa
bukan jenis aku untuk memaksa
dan aku tahu kau takkan setia andai dipaksa rela
cukuplah sekadar kau ada
walaupun jauh entah dimana 

hidup bukan tentang main layang-layang setiap hari
andai ribut kencang terbanglah ia ke serata negeri
kiranya aku dianggap sesuatu yang tak pasti
relalah melepaskan aku pergi
ini bukan soal keberadaan di sisi
cuma sering bertanya diri
sampai bilakah mahu begini?

mungkin kau mahukan jawapan
sama seperti aku
kau tahu buku?
aku mahu seperti itu
di setiap halaman ada cerita
jawapan sudah ada
namun aku takkan buka bicara
kau cuma perlu baca

ego ada dalam diri
dan seringkali disalah erti
mungkin sebab asyik menafi
dan aku akan tetap mengunci hati
aku tiada punca
kerana itu aku disini
aku nak kau baca
bukan untuk terasa hati

semua tentang dua
ya atau tidak
hitam atau putih
jangan libatkan aku
andai dunia kau hanyalah
kelabu.
All right booked by mybloggingpart.blogspot.com