Wednesday 3 October 2012

Disaster of 'Touch'

Assalamualaikum ..

Sekali lagi dipertemukan kau dan aku dalam satu entry yang lain . Cuti terasa lama . Masih berbakikan empat bulan . *sarcasm tone* . Dengan lebihan cuti ini , maka acap kalilah kau akan nampak aku meraban untuk menghilangkan rasa bosan yang menyinggah . Yes , I do know how bored feels like . Rasanya seperti mahu menggaru dinding yang nyata kaku tanpa rasa gatal mahupun berperasaan . Siapa antara kalian yang mahu berdebat dengan kenyataan ini ? Cuma satu kesimpulan yang dapat ku berikan . Gila . Sekian .

Selama 20tahun dan beberapa bulan aku hidup di atas muka bumi ini , aku telah kenal ramai orang . Tak terkira dek jari , tak terkata di mulut dan tak terjangkau di minda . Tak tercapai akalmu ? Oh , itu terlalu klise . Dan klise itu kau . Aku tak sukakan klise . Maknanya aku tak sukakan kau . *tetibe lari bahan* . Ye , memang terlalu ramai . Tapi kenal muka saja . Jangan salahkan aku kalau kau tersalah faham . Sebab aku masih tak habis bercerita . Kalau kau perasanlah . *sarcasm* . Dalam ramai-ramai mereka , akhirnya aku kenal beberapa insan yang seacuan aku . 'Macam cakap dengan cermin' sesuai untuk diaplikasikan pada kami . Bukan bermakna kembar seiras , tapi kami sekepala . Sewatak pada karakter , tapi tidak pada hati . *obviously lah kann* . Zaman sekarang rambut dah boleh bertukar dye , inikan pula hati siapa yang tahu nak meramal . 

Minggu lepas adik aku risau sebab ada rakan sekelasnya yang menghasut rakan-rakan yang lain untuk tidak berkawan dengan dia . Biasalah , budak-budak . *macam kau* . Respon aku , pedulikan aje budak macam tu . Seriously , aku mula berkawan masa darjah empat . Itu pown tersangkut-sangkut . Why ? Sebab aku kalau dah berkawan , aku anggap dia saje kawan aku . Zaman itu jelah , sebab budak-budak kann . Kemane saje dengan beliau sorang . Yess , sorang . Tipu cakap kalau aku tak ramai kawan . Kawan main lompat getah memang ramai tapi kawan yang paling rapat , dia sorang . *redundant lak* . She's my first lover . Sebelum korang salah faham dengan lebih jauh , aku straight kayh . *rolling eyes* . Satu je yang aku tak suka . Dia suka budak lelaki yang paling aku anti kat sekolah tu . Aku ada cakap kat dia , jauhkan diri dari budak tu . Budak-budak kan , lagi ditegah lagi dibuat . Dia nakkan sebab , tapi sampai sekarang aku telan sebab tu sorang-sorang . Lagipun , kitorang langsung dah lost connected . Lalalaa ~

Masuk alam sekolah menengah , aku masih tersangkut-sangkut untuk berkawan . Kekadang aku terfikir , macam mana aku boleh berkawan dengan hampir semua kanak-kanak masa di tadika dulu . Dan kenapa aku tak dapat nak praktikkan skill berkawan aku di alam persekolahan rendah mahupun menengah . Ye , terdengar di telinga mereka berkata tentang kesombongan aku . Spekulasi itu hak mereka . Dan aku belum cukup gila untuk buat gila dengan menyelitkan diri dalam kelompok mereka yang aku sendiri tak kenal ragamnya macam mana . *awkward* . What do you want me to expect ? Orang akan suka aku on the spot ? Scratch that , aku pown tak suka sume orang . Aku bukan berlagak sombong , aku cuma memilih untuk berkawan dengan siapa . Semua itu memerlukan penilaian . I'm looking for real friends , not a back-stabber . Dan itu hak aku .  Kau pown ade bahagian kau , tak payah nak menggelabas sangat . *yawning* .  Kalau rasa aku nak tikam belakang kau , tak payah kawan aku . As simple as that . Kbai .
siyez aku tak nampak part mane yang disaster of touch tu . kau nampak ?

note: cool lah , got lipton ice tea what ~ U-U

0 opinion(s):

All right booked by mybloggingpart.blogspot.com